yuhuu dah 1 Julai, maka berkurang lah umur kita sebenarnya sehari demi hari menuju ke hari kematian. Wah, seram intro nih.. Jadi segeralah tingkatkan amalan kita sementara masih ada masa nih.. timbalah sebanyak mana pengalaman, sebanyak mana ilmu, untuk di bawa ke hari pengadilan nanti hehe..
Ok, apa kaitan intro nih dengan tajuk artikel aku kali ini, hehe ye ni lah baru nak bagitau.. Seperti yang dah aku maklumkan, aku dah hampir setahun berblogging, dah lama jugak tu rasanya kalau ikutkan bilangan hari.. So tetiba nak ubah angin plak..
Hehe, tengok la padinno.blogspot.com sekarang? makin cantik ke, atau yang dulu cantik lagi?.. of course la sekarang lagi cantik, sebab yang dulu aku yang buat sendiri.. Skill hapa pun takde, template pakai belasah je.. Yang baru ni ada orang yang tolong designkan..
Siapa insan mulia yang sudi menolong aku ni? hehe, tak reti la pulak nak buat - buat suprise ni.. ok, kalau korang nak tau, korang scroll bawah sekali blog ni, ada nama designer kan.. tu la dia gerangannya.. hehe.. Baik hati dia ni weh, ikhlas dia nak tolong aku cantikkan padinno.blogspot.com nih. Sejak aku post pasal Apa Pendapat korang tu, dia asyik follow-up dan ternyata dia memang nak bantu aku.. hehe
So, siapa dia yang aku maksudkan? Tadaaa... Terima kasih yang tidak terhingga buat En RedBoy.. hehe, blog dia lagi cantik dari aku.. mesti la design untuk diri sendiri lagi cantik.. Tak percaya, sila terjah blog dia kat sini.. Merah gitu, pencinta merah la katakan ekekeke... Tapi, berbeza pulak pandangan dia..
"...aku rasa blog ko lg cantik....aku pon sampai jeles tgk blog ko tuh.. "
- RedBoy
Entri ni khas aku karangkan sebagai tanda penghargaan kepada RedBoy.. Apa yang dapat aku simpulkan, RedBoy ni tak kedekut ilmu. Banyak juga aku belajar dengan dia dua tiga hari ni ekeke, dan di akhir perbualan aku, sempat juga RedBoy meninggalkan pesan,
"..siapa yang berminat nak mencuba template yang di bangunkan sendiri oleh RedBoy, bolehlah berurusan terus dengan saya di alamat hanbroz@gmail.com. ..."
- RedBoy
Ha, korang bolehla customize sendiri template korang, cuma bagitau kat RedBoy je.. Dan mungkinlah di kenakan bayaran, tapi taklah semahal mana pun.. Ok sesiapa yang berminat, cubalah ye.. Bagi aku, jujur.. template ni memang menarik, nampak kemas berbanding template yang aku buat dulu hehe...
Okeylah, sekian sahaja kali ni.
9 comments