Hari demi hari, dalam realiti mahupun alam maya ini, PERJALANAN INI mematangkan kita sebenarnya.. Pengalaman yang kita lalui sebenarnya mendewasakan kita, samada kita sedar atau tidak.. Banyak benda baru yang dapat kita pelajari, walaupun secebis, tetapi setiap yang memberi pengajaran kepada kita adalah di panggil ilmu.
Ilmu itu penting supaya kita tidak di perbodohkan kelak, jadi janganlah berasa segan atau malu menuntut ilmu.. Bukan sahaja ilmu formal, ilmu yang tidak formal juga tetap di katakan ilmu.. Berbalik pada tajuk entri aku kali ini, apakah perkaitan antara tolong tegur aku dan menimba ilmu?..
Ya, aku mengaku yang aku masih mentah dalam dunia blogging ni, so, secara jujurnya, aku minta tolong pada kawan - kawan di luar sana, tolong ajarkan aku tentang ilmu dan etika berblogging ni, jauh aku meronda - ronda, sedikit sebanyak aku dapat juga sedikit ilmu.. Tolong tegur aku tentang perkara - perkara yang tidak patut aku buat, dan sebagainya..
Aku pernah terbaca di satu blog sahabat ni, menyatakan tajuk entri gempak, tapi isi dalam sampah, sengaja mencari trafik murahan.. Err, sahabat tu tidak menyatakan dengan tepat kepada siapa di tujukan ucapan tu, tapi aku berasa terpanggil juga untuk memberi ulasan terhadap pernyataan tu..
Ulasan aku, jangan buruk sangka la kawan.. Aku pernah terdengar kata - kata, "biar buruk paras rupa, tapi jangan buruk sangka".. dan satu lagi "buruk sangka adalah penyakit hati yang paling bahaya" kita jangan merendah - rendahkan hak penulisan orang lain.. Itu adalah idea dia, pengolahan dia, kalau tengok iklan - iklan di tv pun, kita akan tengok ada WOW! factor di penghujung iklan.. tidak semestinya kita harus menulis secara kaku dan berprotokol..
Entri - entri aku juga menipu pembaca?? Di sini aku tunjukkan dua entri aku yang di anggap menipu pembaca,
http://padinno.blogspot.com/2010/05/kesan-kesan-berhutang.html
http://padinno.blogspot.com/2010/05/tips-menangani-tekanan-mental.html
tetapi realitinya, aku menggunakan info yang betul, cuma pengolahan aku berbeza.. Cuba la search kat google, keyword ni, "tips menangani tekanan mental" dan "kesan berhutang".. Info yang sama, cuma pengolahan berbeza, itu dikatakan menipu?.. hehe fikir - fikir kan..
Jadi kawan - kawan, aku berharap entri ini dapat memberi sedikit idea tentang pentingnya perkongsian ilmu, pengwujudan komunikasi agar hubungan kita sesama blogger akan menjadi lebih akrab seperti di dunia nyata.. Justeru, tolong tegur andai aku telah menyinggung mana - mana pihak tanpa menyelidiki etika berblog, kerana aku masih hijau dalam dunia ini.. Tegurlah secara berhemah, agar semua pihak akan mendapat manfaat bersama.
14 comments