Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Hai.. terima kasih kawan - kawan yang tak jemu - jemu datang ke sini, dan terima kasih juga kepada sesiapa yang memberi komen pada penulisan aku ni.. he he he.. Tidak sangka blog yang kerdil ni dah nak mencapai 200 orang pengikut, dan mencecah angka ke 10,000 pengunjung, tak lama lagi.. kepada sesiapa yang istimewa tu, tolong jerit pada aku ya..
Okeh TIGA entry sebelum ini aku paparkan tentang TIGA insan yang berbeza makna dalam hidup aku, Mak, Hafidzah dan Hana.. Rasanya cukuplah kot aku memperkenalkan pada kawan - kawan siapa insan - insan itu ya..
Okeh, isu berkaitan entri kali ini ialah cara - cara menangani tekanan mental versi aku, hehehe kesinambungan dari entri aku yang lepas..
Di sini aku cadangkan 7 langkah.. Cuba amalkan, kalau tak berjaya.. err.. entahla haha
[1] Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan
ha, ini yang paling penting.. Cuba bersikap realistik terhadap kemampuan anda, bersikap positif, merasa seronok bekerja dan ini akan mendorong anda untuk melakukan yang terbaik dalam setiap perlakuan atau pekerjaan
[2] Rancang Kerja Anda
Semestinya!! Gagal merancang adalah merancang umtuk gagal.. Jadi, suka di ingatkan di sini, kendalikan masa anda dengan bijak, kendalikan kerja dengan teratur dan yang paling penting, jangan bawa kerja anda sampai ke rumah hehe sebab apa? Di luar waktu kerja = waktu untuk kita bersosial muehehe.. opps tergelak pulak..
[3] Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah
err, tips ini hanya sesuai kepada individu yang mahukan perubahan.. Kombinasi antara analisa dan penyelesaian amat di perlukan supaya setiap tindakan atau keputusan yang di ambil adalah wajar..
[4] Amalkan Komunikasi Berkesan
Aku rasa ini yang paling penting sebenarnya, tu sebab aku besarkan tulisan komunikasi berkesan tuh.. Kita ni bukan hidup bersendirian, ya memang tidak di nafikan kadang - kadang kita memang sendiri, dalam kubur pun bersendirian, tapi aku sekarang ni bercerita pasal komunikasi di tempat kerja, bukan di kubur, ada paham?? tingkatkan kemahiran berkomunikasi, hormati pandangan rakan sekerja, menegur secara berhemah, mudah -mudahan ia membantu..
[5] Tingkatkan Sokongan Sosial
Komunikasi memang tak lari dengan hubungan sosial.. wujudkan ikatan persahabatan di kalangan rakan sekerja, berkongsi masalah pada siapa yang nak mendengar, dan bersedia luangkan masa untuk membantu rakan yang menghadapi masalah..
[7]Amalkan Cara hidup Sihat
tips yang terakhir ni penting juga untuk kita amalkan.. Badan yang cergas menjana minda yang cerdas.. Ayuh!! Ayuh kawan - kawan kita beriadah, melakukan aktiviti yang menyeronokkan, amalkan nilai - nilai murni, kelak hidup kita akan lebih tenang, dan yang terakhir, DAPATKAN TIDUR YANG MENCUKUPI.. ait, da pukul 2:22 pagi nih, aiseyman kena tidur la nih..
Okeh, Sekian sahaja tips menangani tekanan mental versi Padin untuk kali ini, jumpa lagi di lain masa.. Eh, baru perasan Tips no [6] tertinggal, ekekeke ah malas dah aku nak patah balik, ha apa kata korang senaraikan pulak apa tips korang untuk menangani tekanan [selain dari ini], untuk menyempurnakan "7 Tips Menangani Tekanan Mental Di Tempat Kerja Versi Padin"..
Entry baru dah siap, boleh la tidur lena.. ZZzzz...
10 comments