Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
hehe.. Pagi - pagi ni nak membebel, kelas dah takde pulak.. Terpaksa la membebel kat sini je, hehe.. apa pula kali ni, ya?.. ha, hari ini aku nak bercerita pasal jenis - jenis [atau lebih tepat CARA] kita tidur.. hehe memang sebelum tidur, kita bersopan abes, tapi kalau dah tidur, sedar ke posisi kita camne? hehe, ok.. jom kita tengok, ulasan bagi setiap posisi tidur tu, hehehe
[1] Berselubung penuh
Anda sebenarnya penuh gaya di hadapan public, tetapi jauh di sudut hati, anda ini seorang yang pemalu, ekekee.. pemalu rupanya.. Lebih gemar menyimpan banyak rahsia, dan jika berlaku sesuatu kesukaran, anda lebih suka menyorokkannya daripada pengetahuan orang lain.. ooo, patutla suka berselubung.. selubung = menyorok, kui kui..
[2] Terlentang, sambil tangan support kepala
Anda sebenarnya seorang yang sangat intelligent dan enthusiastic terhadap ilmu pengetahuan.. anda mempunyai idea yang gila- gila, dan ramai orang sukar mengikuti anda.. Anda bagus dalam hubungan kekeluargaan, tapi amat sukar dalam percintaan.. terlalu memilih? huh!
[3] tidur lesak abes.. hahaha
Anda berasa keseorangan, tertekan sebab asyik terkenang kegagalan lepas.. udah - udah la tu, yang lepas biar je lepas, hehehe..
[4] Mengiring sambil mengerikut
Pentingkan diri, cemburu buta!! nah itu deskripsi yang sesuai bagi kamu yang suka tidur bagi jenis ke empat neh, ngee~
[5] Mengiring dan satu lutut di bengkokkan
Anda sinonim dengan mengkritik.. Nervousness adalah nama kedua bagi anda.. hehe anda juga mudah naik angin tentang perkara remeh sahaja.. errkk, aku ni selalu tidur membengkokkan lutut ke? kes kes kes..
[6] Terlentang a.k.a terbongkang
Wah, sila panggung korang tidur macam ni ekekek.. Memperlihatkan keceriaan jiwa, kesucian rohani, hehe anda bebas, comfort-lover dan beauty worshipper.. anda suka bergosip.. ehemm, ada dengar tak pape cerita pasal korang sehari dua ni?
[7] Meniarap
Err, betul ke ni? Orang yang tidur macam ni adalah tergolong dalam orang berminda sempit.. ekeke.. Self-centered, dan suka memaksa orang lain mengikut kehendaknya.. Haih, cepat ubah cara tidur kamu, kalau tak, aku ketok kepala kau kuat - kuat ekekek...
Ok, abes dah cara tidur yang biasa di temui.. Cara tidur aku? Entahla, awal - awal nak tidur, berselubung baik je, bangun pagi, da macam - macam posisi.. maknanya.. err.. maknanya.. AH takde maknanya.. ok, maknanya aku ni jenis yang fleksibel, mudah bertukar - tukar personaliti mengikut persekitaran.. hehe.. Korang pulak macamana?..
24 comments